Boleh dikatakan curang merupakan satu topik yang sensitif buat orang ramai tetapi masih ada juga yang ‘menunggang’ dengan menggunakan topik tersebut untuk membuat kejutan hari jadi buat pasangan mereka.
Suami didakwa berlaku curang dengan wanita muda
Tular satu video yang dimuat naik oleh seorang individu di TikTok memaparkan dia membuat kejutan buat isteri sempena hari lahirnya dengan cara yang kontroversi.
Dapat dilihat, si isteri terburu-buru mencari suami selepas dikongsikan gambar mendakwa lelaki berkenaan membawa pulang seorang wanita muda ke rumah mereka.
Sampai sahaja di rumah, isteri meluru masuk ke dalam sebuah bilik dalam keadaan marah dan bilik gelap yang diterjah kemudiannya dicerahi dengan cahaya lilin dipercayai untuk sambutan hari jadinya.
‘Prank’ hari jadi tak kelakar, tindakan tak rasional
Bagaimanapun, wanita terbabit masih dalam keadaan sangsi dan tidak menganggap prank yang dibuat oleh suami satu hal yang kelakar buatnya dan selepas ditenangkan, barulah si isteri memotong kek, lalu berpelukan dengan suami sambil menangis.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan suami dan ahli keluarga lain dengan merasakan tindakan tersebut tidak rasional kerana boleh menimbulkan rasa trauma kepada individu lain.
The post “Berpada-Padalah, Silap Langkah Ke Mahkamah Terus” – ‘Prank’ Curang Sempena Hari Jadi Isteri, Teruk Si Suami Dikecam Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments