Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memaklumkan bekas suaminya, Aliff Aziz tidak pernah menghubungi atau meninggalkan mesej untuk bertanya khabar tentang anak-anak mereka.
Tak tanya khabar anak-anak sejak bercerai
Namun begitu, Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah sama sekali tidak mengambil peduli tentang sikap yang ditunjukkan oleh Aliff, sebaliknya merasakan ia jalan yang terbaik.
Sejak kejadian lalu sehingga hari ini, tiada satu mesej, panggilan telefon atau DM daripada dia. Tapi saya tidak pertikai atau marah. Saya rasa lebih baik begini.
View this post on Instagram
Anak-anak tak cari Aliff Aziz
Ditanya mengenai situasi anak-anak, aktres itu berkata anak-anaknya iaitu Ayden dan Ara tidak pernah mencari dan bertanya mengenai keberadaan bapa mereka.
Alhamdulillah anak-anak tidak mencari, saya sebagai ibu takut kalau mereka fikir bukan-bukan tapi sekarang mereka fokus belajar.
Dalam pada itu, Bella turut berkata dirinya sudah tidak mengambil peduli mengenai perkembangan terkini bekas suaminya.
The post “Tiada Satu Mesej & Panggilan Telefon Tanya Khabar Anak-Anak” – Bella Astillah Tak Marah, Lebih Baik Alif Aziz Begini first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments