#Hiburan: Amir Ahnaf Jangan ‘Lari’ Daripada Media Kalau Tak Bersalah

Pelakon berbakat besar, Amir Ahnaf sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan wanita namun aktor itu lebih memilih untuk mendiamkan diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sejak kebelakangan ini, Amir juga dilaporkan seolah-olah melarikan diri daripada wartawan media hiburan semenjak namanya menjadi sorotan netizen.

Advertisement

Insiden terbaru adalah ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPPH36) yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam minggu lalu.

Menurut rakan media, pelakon High Council itu kelihata tergesa-gesa dan memberi alasan mahu pergi ke tandas.

Amir Ahnaf sebelum ini terpalit dengan dakwaan menjalinkan hubungan cinta dengan anggota kumpulan Dolla, Angel namun dinafikan penyanyi itu.

Berikutan itu, wartawan media hiburan meminta Amir Ahnaf untuk tenang-tenang sahaja dan tidak perlu melarikan diri daripada media jika tidak pernah terlibat dalam kontroversi yang memalukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah amin beri respon setelah digelar duda terhangat
2 hours ago

Fattah Amin Beri Respon Setelah Digelar 'Duda Paling Hot'

The post Amir Ahnaf Jangan ‘Lari’ Daripada Media Kalau Tak Bersalah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments