Kemelut antara pempengaruh Chazynash dan bekas isterinya, Fatin Morat, terus menjadi topik hangat di media sosial selepas Chazynash mengambil keputusan untuk menarik semula pemberian mutaah, rumah dan kereta yang sebelum ini diberikan.
Isu itu tercetus apabila seorang wargamaya mempersoalkan tindakan Chazynash menerusi ruangan komen di Instagram, khususnya berhubung mutaah yang didakwa ingin ditarik semula.
“Mutaah boleh ambil balik ke? Baru tahu,” tulis individu tersebut.
Membalas persoalan itu, Chazynash menjelaskan bahawa keputusan berkenaan dibuat susulan dakwaan bekas isterinya telah melanggar perjanjian yang dipersetujui bersama sebelum ini.
Menurut Chazynash, antara syarat utama perjanjian tersebut adalah bekas isterinya tidak boleh mengganggu kehidupannya serta tidak menuntut harta sepencarian selepas menerima mutaah.
“Dah buat perjanjian macam tu dengan tuan badan sendiri. Kalau dah dapat mutaah, janganlah ganggu dan nak tuntut harta sepencarian, saya akan tarik balik mutaah tu”
“Dia dah langgar perjanjian kami… bab salah dari sisi undang-undang Islam ke tak tu, biar saya yang tanggung. Tapi itulah perjanjian yang kami buat… takkan dah nak tuntut harta sepencarian tapi duit saya bagi tu nak sapu. Tamak betul… tak adil untuk saya. sekian,” kongsinya.
Sebelum ini, Chazynash mendakwa kehidupannya berada dalam tekanan dan emosinya terganggu akibat permainan kotor yang didakwa berpanjangan daripada Fatin Morat.

Chazynash Tarik Balik Rumah, Kereta Dan Mutaah Buat Fatin Morat – “Saya Bukan Chef Wan”
Menurutnya, hasrat untuk menjalani kehidupan yang tenang bersama bakal isteri dan anak-anak membuatkan dia hilang kesabaran terhadap tohmahan serta fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.
Susulan itu, Chazynash mengambil keputusan untuk menarik semula pemberian mutaah, rumah dan kereta yang sebelum ini diberikan, dengan alasan menganggap bekas isterinya tidak lagi mematuhi persetujuan yang telah dipersetujui bersama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Chazy Nash Tarik Balik Mutaah Gara-Gara Bekas Isteri Nak Tuntut Harta Sepencarian – “Duit Saya Bagi Tu Nak Sapu, Tamak Betul” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments