#Hiburan: “Nampak Serasi” – Zizan Razak Jawab Dakwaan Sedang Bercinta Dengan Ira Kazar

Pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak dilihat sakan melayan usikan netizen yang cuba menjodohkannya dengan pempengaruh media sosial, Ira Kazar.

Menerusi potongan klip sesi siaran langsung di TikTok, Zizan menjelaskan bahawa hubungannya dengan Ira atau nama penuhnya Faghirah Fatini Kazaruddin hanyalah sekadar seperti adik-beradik.

Advertisement

Pelakon filem Polis Evo itu turut mengakui situasi akan menjadi agak janggal sekiranya mereka benar-benar dijodohkan, memandangkan hubungan yang terjalin selama ini lebih bersifat kekeluargaan.

“Kita dah macam adik beradik lepas itu tiba-tiba kahwin macam janggal juga.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Ira yang dilihat semakin berseri-seri, selain ada yang tetap mendoakan jodohnya bersama pelawak berusia 41 tahun itu.

Untuk rekod, Ira Kazar merupakan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi dan pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah serta pelakon terkenal Syamsul Yusof pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Bagaimanapun, perkahwinan tersebut berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu pada 5 September 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

norman hakim abby abadi
2026-01-05 10:05:52

22 Tahun Menunggu, Abby Abadi Syukur Norman Hakim Lunaskan Hutang Mas Kahwin - "Rezeki Saya Tetap Rezeki Saya"

The post “Nampak Serasi” – Zizan Razak Jawab Dakwaan Sedang Bercinta Dengan Ira Kazar first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments