Usaha Khairul Aming bersama pasukan Rembayung mencuri perhatian ramai selepas tampil menyediakan menu kanak-kanak berkonsepkan real food, sekali gus mencetuskan perbincangan positif dalam kalangan ibu bapa.
Menerusi satu hantaran di Threads oleh pengguna @ainntshaa, inisiatif tersebut dipuji kerana tidak mengikut kebiasaan menu kanak-kanak yang sering didominasi makanan segera seperti nugget, kentang goreng dan sosej.
Good job Khairul Aming & team Rembayung! Sediakan real food macamni untuk menu kanak kanak. Tolong jgn normalise kan kid’s menu kena bagi nugget/fries/sosej. Mak bapak pun senang hati bawak anak makan luar kalau ada real food macamni.
Perkongsian itu pantas menerima sokongan netizen yang bersetuju bahawa penyediaan makanan sebenar dan seimbang untuk kanak-kanak adalah langkah lebih sihat, selain membantu ibu bapa membuat pilihan lebih baik ketika membawa anak makan di luar.

Rata-rata berpendapat, normalisasi menu kanak-kanak berasaskan makanan diproses wajar dikurangkan, memandangkan pendedahan awal kepada pemakanan sihat mampu membentuk tabiat makan yang lebih baik sejak kecil.
Inisiatif yang dibawa oleh Khairul Aming dan pasukan Rembayung ini dilihat bukan sahaja menyokong gaya hidup sihat, malah membuka ruang kepada industri makanan tempatan untuk lebih peka terhadap keperluan nutrisi kanak-kanak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Bila Orang Bijak Berniaga..” – Inisiatif Menu Kanak-Kanak ‘Real Food’ Raih Pujian, Netizen Angkat Usaha Khairul Aming & Pasukan Rembayung first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments