#Hiburan: 22 Tahun Menunggu, Abby Abadi Syukur Norman Hakim Lunaskan Hutang Mas Kahwin – “Rezeki Saya Tetap Rezeki Saya”

Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa syukur atas usaha bekas suaminya, Norman Hakim, yang melunaskan hutang mas kahwin yang tertangguh sejak sekian lama.

Menerusi perkongsian di TikTok, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, menyatakan keyakinannya bahawa rezeki yang menjadi hak seseorang tetap akan kembali walaupun mengambil masa yang panjang.

Advertisement

Dalam pada itu, Abby turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Muhammad Faizal Zakaria serta Memey Suhaiza, yang menurutnya tidak pernah campur tangan dalam urusan berkenaan.

“Saya kongsi lah serba sedikit, yang ini dah selesai selepas 22 tahun. Terima kasih suami dan Memey tak pernah campur tangan urusan yang tertangguh ini.”

“Bukan nak kongsi sangat pun, cuma nak maklum, berkat kesabaran selama 22 tahun. Rezeki saya tetap rezeki saya.”

Sementara itu, Abby turut menzahirkan penghargaan terhadap kerjasama bekas suaminya yang melunaskan hak yang tidak diterima ketika masih bergelar isteri.

“Terima kasih Norman sudi bayar apa yang tertunggak setelah berkemampuan. Semoga berkat kesabaran ini dapatlah saya mahligai bukan hanya di dunia tapi di syurga nanti.”

Bagaimanapun, Abby memaklumkan bahawa isu tersebut masih belum dianggap selesai sepenuhnya selagi hutang nafkah utama belum dilunaskan.

Untuk rekod, Abby Abadi dan Norman Hakim pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 dan dikurniakan tiga orang anak sebelum bercerai pada 2008. Norman kemudiannya berkahwin dengan Memey Suhaiza pada 2011, manakala Abby pula mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nubhan
2026-01-04 13:25:48

Polis Maklum Terima Laporan Daripada Nubhan, Kes Dirujuk Ke Mahkamah Syariah

The post 22 Tahun Menunggu, Abby Abadi Syukur Norman Hakim Lunaskan Hutang Mas Kahwin – “Rezeki Saya Tetap Rezeki Saya” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments