#Hiburan: “Ini Bukan Masa Nak Berkonsert Bagai..” – Netizen Kecewa Aina Abdul Teruskan Konsert, Rupanya Ada Selitkan Lagu Khas

Baru-baru ini sebuah konsert yang telah memakan modal lebih sejuta dinamakan konsert A Night With Aina Abdul 3.0 ini telah meraih perhatian warganet yang mempersoal kenapa tidak dibatal atau ditangguhkan konsert tersebut.

Ramai netizen yang tidak setuju Aina meneruskan konsertnya itu di kala saat masih genting di negara Palestin. Ia seolah-olah tidak sensitif kerana melihatkan rakyat Malaysia yang bergembira ketika sedara Islam kita masih berperang di sana.

Advertisement

Aina Abdul, ini bukan masa yang sesuai nak berkonsert bagai.

Siti Nurhaliza juga saya respect sanggup tunda konsert sebab nak hormat anak-anak Palestin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Oleh itu, ramai mula yang menyatakan tidak setuju mereka kepada penyanyi tersebut. Ada juga yang membandingkan dirinya dengan penyanyi nombor satu Malaysia yang sedia maklum telah menangguh konsertnya tempoh hari.

Namun demikan, sebuah video telah dimuat naik di laman TikTok yang memaparkan Aina sedang melantunkan lagu Atouna El Toufule bagi tanda solidariti kepada rakyat Palestin. Meskipun di tengah persembahannya yang lain, penyanyi lagu Sepi ini masih menyelitkan rasa simpati terhadap situasi di sana melalui lantunan lagu berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aina
1 day ago

"Cabaran Kali Ni Amat Berbeza" - Pakaian Dan Mikrofon Aina Abdul Menelan Belanja RM520K, Peminat Berpuas Hati Tiket Berbaloi

The post “Ini Bukan Masa Nak Berkonsert Bagai..” – Netizen Kecewa Aina Abdul Teruskan Konsert, Rupanya Ada Selitkan Lagu Khas first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments