#Hiburan: Nantikan! Ini 5 Filem Terbaik Bakal Ditayangkan Tahun 2023

Pejam cilik pejam cilik, sudah akhir tahun 2022 dan lagi beberapa hari saja lagi tahun 2023 bakal menjelang dan ia sememangnya membuatkan ramai berasa tidak sabar untuk menjalani tahun baru.

Menjelang tahun baru, sudah pasti banyak filem-filem hebat yang dinantikan ramai pihak bakal ditayang di pawagam berdekatan.

Advertisement

Hari ini, min nak share sikit beberapa filem terbaik dan pasti akan buat korang semua berkobar-kobar menunggu tarikh tayangan!

1. MEGAN

filem 2023

Filem MEGAN bakal ditayangkan di awal bulan iaitu 12 Januari 2023. Ia merupakan filem genre seram serta sains fiksyen dimana mengisahkan tentang seorang ahli robotik di sebuah syarikat mainan bernama Gemma telah mencipta anak patung yang diberi nama MEGAN

MEGAN diprogramkan untuk menjadi teman kepada kanak-kanak, tetapi keputusan Gemma mencipta anak patung itu telah mendatangkan satu akibat yang tidak pernah dibayangkan olehnya. Nak tahu selanjutnya… kenalah tengok guys!

2. Ant-Man And The Wasp: Quantumania

filem 2023

Boleh dikatakan filem Ant-Man And The Wasp merupakan satu filem yang sememangnya dinantikan-nantikan ramai, terutama sekali peminat Marvel! Mana tidaknya filem Ant-Man yang pertama ditayang pada 2015, dimana ia adalah 7 tahun yang lalu.

Ant-Man kali ini menceritakan tentang rakan kongsi Scott-Lang dan Hope Van Dyne meneruskan pengembaraan mereka sebagai Ant-Man and The Wasp. Namun, ketika mereka sedang meneroka Alam Kuantum, pelbagai makhluk baru serta pelik dijumpai yang mendorong mereka untuk melakukan sesuatu melampaui batasan fikiran.

3. The Super Mario Bros. Movie

 

filem 2023

Filem adaptasi daripada permainan video popular iaitu Mario ini bakal ditayangkan pada tanggal 20 April 2023 dan ia sememangnya satu filem yang wajib ibu bapa bawa anak-anak untuk tonton bersama di pawagam tau.

Filem The Super Mario Bros ini mengisahkan watak permainan Itali serta tukang paip terkenal mengembara melalui labirin bawah tanah bersama dengan abangnya, Luigi demi untuk menyelamatkan seorang puteri yang telah ditangkap.

4. The Little Mermaid

filem 2023

Kalau dulu-dulu hanya dapat tonton kartunnya saja, kali ini The Little Mermaid dapat dipertontonkan secara 2D di pagawam pada 26 Mei 2023. Sudah semestinya movie ini mampu membuat anak-anak terutamanya perempuan berasa teruja untuk menonton. Bukan anak perempuan saja, ibu-ibu pun rasanya akan excited tonton filem animasi ini.

The Little Mermaid ini mengisahkan tentang puteri duyung muda yang mahu meneroka ke dunia manusia. Puteri duyung bernama Puteri Ariel telah jatuh cinta dengan seorang lelaki manusia hingga terdesak membuat janjian berbahaya dengan ahli sihir laut, Ursula.

5. Elemental

filem 2023Sumber : Pixar  

Tidak habis disitu saja untuk filem animasi, Elemental ini juga merupakan salah satu filem animasi komedi yang ditunggu ramai dan ia bakal ditayangkan pada 15 Jun 2023.

Elemental mengisahkan dua makhluk cute yang diperbuat daripada api serta air iaitu Ember dan Wade. Jika dilihat api dan air sememangnya dua unsur yang tidak boleh bersama tetapi alangkah terkejutnya Ember dan Wade kerana mereka mempunyai banyak persamaan.

Jangan lepaskan peluang korang pergi ke pawagam untuk tonton semua filem-filem ni tau! Bawa family dan anak-anak sekali kalau boleh, selamat menyambut tahun baru.

3 years lalu

Top 5 Filem "Terbaik" Ahmad Idham, Beri "Mesej Baik" Buat Penonton

The post Nantikan! Ini 5 Filem Terbaik Bakal Ditayangkan Tahun 2023 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments