#Hiburan: “Harap AADK ‘Notice'” – Didakwa ‘Merapu’ Di Atas Pentas, Radhi Jadi Tumpuan Ketika Konsert OAG 30 Tahun

Hujung minggu lalu, kumpulan muzik terkenal OAG baru sahaja menganjurkan konsert khas sempena 30 tahun iaitu OAG 30 Tahun Generasiku di Stadium Melawati, Shah Alam.

Antara lagu-lagu yang dinantikan peminat semestinya lagu PerMYsuri, Slumber, Akustatik, Senyuman Ragamu dan banyak lagi.

Advertisement

Namun, konsert tersebut turut diperkatakan oleh netizen meskipun sudah tamat kerana gelagat Radhi yang didakwa ‘tidak tentu arah’ ketika di atas pentas.

Konsert OAG itu juga dilaporkan mengalami kelewatan selama setengah jam kerana Radhi hanya ‘merapu’ di atas pentas selain ia diselangi dengan selawat dan mengingati tuhan.

Malah, ada yang menggesa agar Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) agar mengambil tindakan terhadap Radhi.

Menjengah ruangan komen, ramai tampil meluahkan pendapat yang sama dan menganggap Radhi masih belum pulih daripada ketagihan dadahnya sebelum ini.

Komen

Namun begitu, ada yang beranggapan perwatakan Radhi memang seperti yang ditonjolkan di atas pentas ketika di luar pentas.

Ada juga yang membandingkan kelakuan Radhi yang lebih baik daripada Noh Hujan sebelum gara-gara penyanyi itu didakwa bertindak meludah kepada peminat ketika di atas pentas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kasih leia
3 jam lalu

"Budaya Apakah Ini.." - Netizen Dakwa Nampak Botol Arak, Azhar Sulaiman Dikecam Biar Anak Parti Dalam Rumah

The post “Harap AADK ‘Notice'” – Didakwa ‘Merapu’ Di Atas Pentas, Radhi Jadi Tumpuan Ketika Konsert OAG 30 Tahun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments