#Hiburan: Adakah Gaji RM1.5k Masih Relevan? Individu Luah Rasa Tanggung Enam Anak Dan Isteri Tidak Bekerja

Umum sedia maklum Malaysia baru-baru ini membuat pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM1,500 yang berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Namun begitu, majoriti rakyat Malaysia berpendapat bahawa pendapatan tersebut tidak mencukupi khususnya buat mereka yang tinggal di ibu kota.

Advertisement

Memetik laporan Kosmo, seorang lelaki yang dikenali sebagai Saiful berkongsi cerita tentang kehidupannya yang bekerja sebagai pegawai pemasaran di Kuala Lumpur dengan gaji RM1,500 sebulan.

Gambar Hiasan

Menurutnya lagi, isterinya tidak bekerja dan mempunyai enam orang anak berusia lapan hingga 21 tahun.

Saiful juga difahamkan berulang-alik dari Sungai Tangkas, Bangi ke ibu negara sejauh 35 kilometer sehala setiap hari dengan menaiki motosikal.

Perkara itu menimbulkan persoalan sekiranya gaji RM1,500 masih lagi relevan untuk rakyat Malaysia yang hidup dengan kos sara hidup yang tinggi.

Dalam pada itu, adakah nilai RM1,500 dianggap logik pada waktu sekarang dengan kenaikan harga barang yang mendadak dengan kemelesetan ekonomi yang dikatakan akan berlaku pada tahun 2023?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah:

netizen risau harga barang naik?
9 bulan lalu

"Mesti Naik 'Kaw Kaw'!" - Umum Gaji Minimum RM1500, Tapi Ramai Risau Harga Barang Pula Naik?

The post Adakah Gaji RM1.5k Masih Relevan? Individu Luah Rasa Tanggung Enam Anak Dan Isteri Tidak Bekerja first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments