#Hiburan: “Lain Circle Dia Sekarang” – Azfar Heri Lepak Dengan Syed Saddiq, Netizen Kata Dah Macam ‘Member’

Pempengaruh media sosial, Azfar Heri baru-baru ini telah memuat naik sebuah hantaran video di laman TikTok miliknya memaparkan ahli politik terkenal, YB Syed Saddiq.

Menerusi video tersebut, Azfar atau nama sebenarnya Azfar Herisyam meluahkan rasa gementar untuk berjumpa dengan bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Advertisement

Bukan itu sahaja, influencer berusia 24 tahun itu turut berpeluang menjamu makanan tengahari atau lunch bersama Syed Saddiq di sebuah kafe.

Harini I nak jumpa sesorang, I nervous sebenarnya ni. I tak expect dia ajak jumpa, marilah kita act cool.

@azfarherii

Semalam plan harini terus jumpa, it was really nice to meet you in person ! Thank you for your sharing and sama sama belajar benda baru ! Sangat casual and friendly, penat gelak gelak je HAHAHAA. Catch up soon ??

? original sound – azfarheri – azfarheri

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai dan meraih 118.7K tontonan, 16.7K tanda suka dan 174 komen di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja apabila pertama kali melihat Syed Saddiq menggunakan bahasa tidak formal berbeza dengan yang selalu diperlihat di kaca TV.

Malah, ada juga warga net yang memuji Azfar kerana disfatkan sebagai bertuah dapat berjumpa Syed Saddiq seperti bertemu dengan seorang rakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

22 jam lalu

"Yang Curang Akan Sentiasa Curang" - ‘Tweet’ Kata-Kata Berunsur 'Sindiran', Zizi Kirana Tuju Dekat Siapa?

The post “Lain Circle Dia Sekarang” – Azfar Heri Lepak Dengan Syed Saddiq, Netizen Kata Dah Macam ‘Member’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments