#Hiburan: (VIDEO) “Kita Fikir Orang Belakang, Kalau Kereta Tu, Mampuh Mu Lah, Menyusahkan Orang..” – Pemandu Treler

Pemandu treler yang didakwa melanggar tiga buah kereta yang diletakkan di tepi laluan masuk di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh tampil memberikan penjelasan berhubung insiden tersebut.

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna Wan Asyraf, pemandu berkenaan mendakwa tindakannya itu dilakukan selepas terpaksa menunggu lebih sejam akibat laluan masuk ke R&R berkenaan dihalang oleh kenderaan yang diletakkan secara tidak sepatutnya, sekali gus menyebabkan kesesakan panjang.

Advertisement

Desakan banyak sangat. Kita tunggu sejam lebih sebelum buat ‘live’, kita tunggu dah. Masalahnya dia parking halang laluan. Kalau sekejap tak apa, masalahnya kita tunggu lama. Orang belakang berjujuk bersusun.

Kalau kita seorang, okey saja. Masalah kita fikir driver bas, orang dalam bas. Orang tua, budak-budak ada, bukan kita tak fikir.Kita fikir orang belakang. Kalau kereta tu, mampuh mu lah. Menyusahkan orang, jadi susah belaka. Kita nak tolong biar lepah (lepas) belaka,” katanya dalam video berkenaan.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai warganet, dengan sebahagian mereka dilihat memberikan sokongan moral kepada pemandu treler itu sekiranya berdepan dengan tindakan undang-undang.

@utusanmelayuplusofficial

Menurut info lokasi di RnR Ayer Keroh, arah selatan. Semoga dipermudahkan urusan pemilik kenderaan. DM Kredit. #trendingnewsmalaysia #fyp #treler #langgar #salahparkir

? original sound – Utusan Melayu Plus – Utusan Melayu Plus

 

“Boleh lawan lagi jangan risau. Dia betul nak lawan, pasang peguam,” kata Lipan Karat.

Terdahulu, media melaporkan sebuah treler telah melanggar tiga kenderaan yang diletakkan di bahu laluan masuk di kawasan R&R Jejantas Ayer Keroh, daerah Alor Gajah, Melaka.

Rakaman video yang tular di TikTok turut memaparkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan selepas dilanggar dan diheret oleh treler yang cuba memasuki laluan ke kawasan R&R berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bonda rozita
2025-12-30 15:40:11

Jam Rolex Milik Suami Bonda Rozita 'Hilang' Ketika 'Night Walk', Pengurus Cik Lan Bersumpah - "Buat Lah Yassin Ke Tahlil Ke Apa Tapi Kami.."

 

The post (VIDEO) “Kita Fikir Orang Belakang, Kalau Kereta Tu, Mampuh Mu Lah, Menyusahkan Orang..” – Pemandu Treler first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments