Keperibadian pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad, mencuri perhatian apabila seorang individu tampil berkongsi pengalaman berinteraksi dengannya ketika selebriti itu berkunjung ke sebuah restoran di London.
Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu terbabit mendakwa dirinya merupakan pekerja sambilan di sebuah restoran Malaysia di kota tersebut. Menurutnya, restoran berkenaan sering dikunjungi selebriti dan pempengaruh dari Malaysia, namun sikap sebahagian daripada mereka mengecewakan.

Saya pernah kerja sambilan dekat salah satu restoran Malaysia di London dan ramai selebriti dan pempengaruh suka datang.
90 peratus daripada mereka sombong. Ye lah kita kerja pelayan saja kan. Tengok muka kita pun tak nak. Kecuali seseorang yang memang layak sebagai pempengaruh atau selebriti.
Individu berkenaan kemudian mendedahkan bahawa selebriti yang dimaksudkan ialah Uyaina Arshad, yang menurutnya memiliki akhlak serta adab yang sangat tinggi ketika berada di restoran.
Nama dia Uyaina Arshad. Daripada pintu kedai lagi dah bagi salam, ucap terima kasih bukakan pintu. Tegur semua pelayan yang ada.
Nak order pun tengok mata, tanya boleh ke. Mulut dia tak berhenti ucap terima kasih untuk setiap makanan kita letak atas meja. Lepas makan pun cakap lagi.
Lebih mengagumkan, individu tersebut turut memuji sikap suami kepada Uyaina yang disifatkan sama sopan dan berbudi bahasa ketika berurusan dengan kakitangan restoran.
Bukan dia saja, suami Uyaina pun sama. Nak tanya atau minta sesuatu, sopan dan beradab. Saya tidak begitu minat pada selebriti sebab tiada pandangan yang baik terhadap mereka, tapi Uyaina ubah pandangan saya.
Perkongsian itu mendapat perhatian warganet yang rata-rata memuji sikap rendah diri Uyaina, selain menyifatkan adab dan tutur katanya sebagai contoh yang wajar diteladani oleh figura awam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Pekerja Restoran Di London Puji Adab Uyaina Arshad, Dakwa Berbeza Dengan Selebriti Lain – “90% Daripada Mereka Sombong” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments