#Hiburan: “Nak Jadi Hero, Kau Pun B*doh Bing*i Percaya Bulat-Bulat Scamm*r” – Iman Tang

Penganjur konsert tersohor tanah air, Iman Tang, mencetuskan perhatian warganet selepas memuat naik satu hantaran berunsur sindiran di InstaStory miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Iman dilihat seolah-olah menyindir pihak tertentu yang didakwa menjadi mangsa penipuan scammer ketika menguruskan penganjuran konsert berskala besar.

Advertisement

iman tang

“Nak jadi Hero, Nak surprise 1 Malaysia kan..
Ko pun Bodoh dan Bingai pergi Percaya Bulat2 Scammer, kalau lah senang dah lama dah Orang buat…”

Walaupun tidak menyebut sebarang nama secara langsung, nada sindiran itu pantas dikaitkan dengan isu tular melibatkan penganjur konsert yang dipercayai ditipu pihak tidak bertanggungjawab, sehingga menjejaskan perancangan acara dan mencetuskan kekecohan dalam kalangan peminat.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ramai yang mentafsir mesej Iman sebagai peringatan keras kepada pemain industri hiburan agar lebih berhati-hati dan tidak terlalu ghairah mengejar sensasi atau mahu tampil sebagai ‘hero’ tanpa melakukan semakan terperinci.

Sebahagian warganet turut bersetuju bahawa dalam industri konsert yang melibatkan kos besar, kepercayaan membuta tuli terhadap individu atau pihak tertentu boleh membawa padah, apatah lagi jika melibatkan urusan kewangan dan kontrak antarabangsa.

Setakat ini, Iman Tang tidak mengeluarkan sebarang penjelasan lanjut berhubung maksud sebenar hantaran tersebut. Namun, sindiran ringkas itu sudah cukup untuk mencetuskan perbincangan hangat dan menjadi peringatan buat penganjur lain agar lebih berwaspada dalam menguruskan acara berskala besar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kak nab kahirul aming
2025-12-24 09:53:25

"Tolong Jangan Rasa 'Entitled' Sangat" - Cubaan 'Mengejut' Pempengaruh Nak Jumpa Khairul Aming Di Rembayung Undang Kritikan Netizen

The post “Nak Jadi Hero, Kau Pun B*doh Bing*i Percaya Bulat-Bulat Scamm*r” – Iman Tang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments