#Hiburan: Anak Perempuan Bekas Tahanan ISA Maut Akibat Kemalangan Di Melbourne

Hati ramai pengguna media sosial tersentuh selepas Zulfikar Sharif bekas tahanan ISA yang kini menetap di Australia memaklumkan pemergian anak perempuannya, Sayyida Nafeesa Zulfikar, menerusi satu hantaran penuh emosi di Facebook.

Menurut Zulfikar, Nafeesa, yang bekerja sebagai pegawai pentadbiran di sebuah kolej Islam di Melbourne, terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan menuju ke tempat kerja. Dia disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Zulfikar reda dengan takdir Ilahi, malah percaya puterinya itu dijemput pulang dalam keadaan sedang menuju ke tempat ibadah.

She was in a car accident and passed at the scene. She was on the way to work at MyCollege (Islamic college) where she was an admin officer. She passed on the way to perform her ibadah.

Zulfikar menggambarkan anaknya sebagai seorang gadis yang sangat baik hati, penyayang dan sentiasa membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

Anyone who knows her will say that she has a pure and sincere heart. She is deeply caring and loving.

Malah, beliau turut memaklumkan bahawa keluarganya reda menerima ketentuan tersebut dan berdoa agar roh anaknya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

anak perempuan tahanan ISA Meninggal dunia

My wife and I and our family redha with her.
Insha Allah Nafeesa is flying under Allah’s throne.
And may we be reunited in Al Firdaus Insha Allah.

Dalam hantaran sama, beliau turut meminta sesiapa yang pernah mempunyai urusan hutang-piutang atau tersinggung dengan arwah untuk menghubunginya agar dapat diselesaikan.

Pemergian Sayyida Nafeesa secara mengejut ini mengundang ucapan takziah daripada ramai pihak yang turut bersedih dan mendoakan kekuatan buat keluarga tersebut.

Semoga Allah mengampuni, merahmati dan menempatkan arwah Sayyida Nafeesa dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

syed saddiq
2025-12-11 14:52:35

'Syed Saddiq 'Mastermind', Dalang Pecah Amanah Duit ARMADA' - Pendakwa Raya

The post Anak Perempuan Bekas Tahanan ISA Maut Akibat Kemalangan Di Melbourne first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments