Aktor Nazim Othman tampil menyelar tindakan segelintir netizen yang melemparkan komen sinis terhadap imej terbaharu aktres Aprena Menrose, yang kini dilihat tidak lagi bertudung.
Isu tersebut mula menjadi perbualan hangat selepas tular sebuah video memaparkan sesi penggambaran promosi drama Nur Untuk Ariff, yang menampilkan Aprena bersama Nazim.
Menerusi satu hantaran di ruangan komen sebuah program hiburan, Nazim menjelaskan bahawa setiap individu melalui ujian hidup yang berbeza-beza dan tidak diketahui oleh orang luar.
Sejak promosi drama ini dipaparkan di media sosial, rata-rata komen memperkatakan tentang imej rakan lakon saya yang kini tampil tanpa hijab.
Ujian setiap manusia itu berbeza. Kami ada melakukan beberapa perbualan di set ketika penggambaran mengenai turun naik iman masing-masing. Ya, pelakon pun ada berbual tentang perkara ini sesama sendiri.
Nazim turut berkongsi pandangan peribadinya mengenai keadaan Aprena berdasarkan pemerhatian sepanjang mereka bekerjasama.
Saya sendiri secara peribadi mempunyai kerisauan mengenai hal itu. Berdasarkan pemerhatian saya, dia masih lagi mempunyai pegangan cuma sedang berada dalam fasa yang rapuh.
Dalam pada itu, aktor berkenaan mengakui rasa terkilan dengan sikap segelintir netizen yang terlalu mudah menghukum tanpa mengetahui situasi sebenar.

Saya tidak cuba menghalalkan apa yang salah, cuma saya rasa terkilan juga dengan komen-komen yang sinis.
Dia berdiam diri tetapi dalam hatinya hanya Allah yang tahu.
Susulan itu, Nazim berharap orang ramai agar lebih bersifat empati serta mendoakan yang terbaik buat Aprena, berbanding terus melontarkan kata-kata negatif yang boleh mengguris perasaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Aprena Manrose Buka Hijab, Nazim Othman Pertahan Rakan Industri – “Dia Ada Pegangan Cuma Dalam Fasa Rapuh” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments