#Hiburan: Artis Wanita Dan Suami Bergelar Mutawif Buat ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Agensi Umrah Ambil Tindakan – “Tiada Kompromi..”

Pihak pengurusan agensi umrah, In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd., tampil memberikan maklum balas berhubung tingkah laku seorang ketua rombongan (group leader) dan isterinya ketika berada di Tanah Suci baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan rasmi, pihak agensi menegaskan bahawa mereka mengambil maklum mengenai insiden berkenaan dan memandang serius kejadian yang berlaku di bawah pengurusan syarikat itu.

Advertisement

Teguran rasmi telah dikeluarkan kepada individu terlibat. Kandungan (content) berkaitan telah diturunkan dan permohonan maaf telah dibuat secara terbuka melalui platform beliau.

Dalam pada itu, pengurusan In Saff Travel memberi jaminan bahawa tindakan tegas akan diambil sekiranya siasatan mendapati wujud sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), etika atau ketetapan syarak.

“Suami Mutawif Takkan Tak Tegur..” – Neera Azizi Dikecam Buat ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah

Tindakan sewajarnya akan diambil tanpa kompromi. Pemantauan serta latihan kepada semua group leader dan petugas turut akan diperkukuhkan bagi mengelakkan kejadian berulang.

Pihak syarikat turut menegaskan rasa hormat terhadap kesucian Tanah Haram dan menghargai keprihatinan masyarakat berhubung isu tersebut. Sehubungan itu, orang ramai diminta memberi ruang agar siasatan dapat diselesaikan secara profesional.

Terdahulu, tular di media sosial satu video memaparkan tindakan seorang penyampai radio dan suaminya yang juga petugas jemaah umrah melakukan acara gender reveal berlatarbelakangkan Kaabah.

Perbuatan itu mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang berpendapat lokasi suci berkenaan perlu dijaga adab serta kesopanannya.

Susulan kecaman bertubi-tubi, pasangan terbabit telah memadam video tersebut di semua platform media sosial.

Buat masa ini, satu siasatan dalaman sedang dijalankan secara adil dan berhemah bagi meneliti sepenuhnya kejadian berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

neera azizi
2025-12-17 12:01:11

"Suami Mutawif Takkan Tak Tegur.." - Neera Azizi Dikecam Buat 'Gender Reveal' Depan Kaabah

The post Artis Wanita Dan Suami Bergelar Mutawif Buat ‘Gender Reveal’ Depan Kaabah, Agensi Umrah Ambil Tindakan – “Tiada Kompromi..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments