Penyanyi Sufi Rashid tampil membuat permohonan maaf terbuka di media sosial berhubung isu tular melibatkan bekas pengasuh anaknya pada Jumaat.
Menurut Sufi, dia dan isterinya, Ain, mengakui bahawa mereka telah memberikan reaksi yang berlebihan, sehingga menyebabkan isterinya menerima kecaman bertubi-tubi daripada netizen.

Selepas meneliti semua perkara dengan lebih tenang, saya dan isteri mengakui bahawa kami telah bertindak secara berlebihan berhubung isu pengasuh. Meskipun nama isteri saya tidak disebut secara langsung, namun konteks yang timbul telah membuatkan orang ramai terus mengecamnya.
Sufi turut menegaskan bahawa sebagai suami, dia tetap akan melindungi isterinya yang menerima pelbagai mesej kebencian dan DM sejak isu itu tular.
Bekas Juara Akademi Fantasia 2015 itu memaklumkan bahawa mereka kini telah menyelesaikan perkara tersebut secara baik dengan pengasuh berkenaan.
Untuk mengelakkan perkara ini berlarutan, kami telah menghubungi pengasuh tersebut untuk berjumpa dan menyelesaikan semuanya dengan baik. Kami bertanggungjawab dan akan memberikan sokongan penuh sekiranya dia mengalami apa-apa impak negatif daripada isu ini.
Sufi berharap agar kontroversi tersebut tidak lagi diperbesarkan dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menasihati dan menegur secara baik.
Kami berharap isu ini dapat berakhir di sini. Kami akan lebih berhati-hati dengan tindakan kami selepas ini.
Terdahulu, seorang pengguna Threads berkongsi pengalaman buruk bekerja sebagai pengasuh kepada seorang pempengaruh. Walaupun nama tidak dinyatakan, ramai netizen membuat spekulasi bahawa ia merujuk kepada Sufi dan Ain.
Untuk rekod, Sufi dan Ain mendirikan rumah tangga pada 21 September 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Sabreen Aleyna, pada November tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Mengaku Bertindak ‘Over’, Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf – “Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments