#Hiburan: “Selama 16 Tahun Saya Menyaksikan Dia…” – Zizie Izette Mengenang Pemergian Suami Tersayang

Isteri kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, iaitu Datin Seri Zizie Izette A. Samad, berkongsi sebuah hantaran penuh emosi di Instagram Story tidak lama sebelum negara dikejutkan dengan berita pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu.

Dalam hantaran tersebut, Zizie memuat naik video kenangan bersama anak-anak serta tulisan yang menggambarkan sisi peribadi arwah suaminya  sisi yang menurutnya jarang diketahui orang luar.

Advertisement

Mereka mungkin tidak mengenali hatinya, tetapi saya tahu.
Selama 16 tahun saya menyaksikan kebaikannya, kemurahan hatinya, dan kasih sayangnya yang tidak mementingkan diri terhadap manusia. Mohon titipkan dia dalam doa anda.

Luahan itu kini mendapat perhatian ramai yang turut menzahirkan ucapan takziah dan doa buat keluarga beliau.

Bung mokthar

Untuk rekod, Zizie dan Bung Moktar mendirikan rumah tangga pada 2009 dan dikurniakan beberapa cahaya mata.

Kira-kira jam 2 pagi tadi melalui hantaran di Facebook, anak ketua UMNO Sabah mengesahkan bapanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, telah meninggal dunia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-01 09:34:15

171 Lelaki Kunjungi Spa Songsang Bukang 'Mangsa', Kes Polis Dan Mahkamah Diklasifikasi 'Selesai'

The post “Selama 16 Tahun Saya Menyaksikan Dia…” – Zizie Izette Mengenang Pemergian Suami Tersayang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments