Bekas suami kepada pelakon Nora Danish, Nedim Nazri, mencuri perhatian warganet selepas berkongsi foto bersama aktres Nadia Brian di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram, Nedim yang lebih dikenali sebagai Boss Ned dilihat berada di sebuah restoran bersama Nadia. Namun, kapsyen romantik yang disertakan pada foto tersebut menjadi tumpuan ramai.
“Ada sebahagian hati saya yang tertinggal di sini,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nadia turut berkongsi foto bersama Nedim serta anak hasil perkahwinan Nedim dengan Nora Danish iaitu Mohamed Neyqal Nedim atau lebih mesra disapa NeyNey.
Lebih mencuri perhatian, Nora Danish sendiri dilihat memberi tanda suka (like) pada foto berkenaan, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Rata-rata warganet berseloroh menyifatkan tindakan tersebut sebagai isyarat ‘restu’ daripada Nora terhadap hubungan bekas suaminya dengan Nadia.
Tidak kurang juga yang tertanya-tanya mengenai status sebenar hubungan mereka berdua, selain mendoakan kebahagiaan sekiranya pasangan itu kini sedang melalui fasa bahagia.
Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada Nedim mahupun Nadia mengenai status hubungan mereka.
Untuk rekod, Nora Danish dan Nedim Nazri mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neyqal. Namun selepas tujuh tahun melayari alam perkahwinan, pasangan itu disahkan bercerai talak satu pada 19 Jun 2024 di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Nedim Nazri Muat Naik Foto Bersama Nadia Brian, Nora Danish Approve? – “Separuh Hati Saya Tertinggal Di Sini..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas




0 Comments