‘Perseteruan’ antara dua tokoh akademik yang mengetuai MUAFAKAT MRSM Sungai Besar dengan selebriti Rita Rudaini akhirnya mendapat perhatian Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi.
Menerusi hantaran di Facebook, Asyraf memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum isu saman fitnah yang dikeluarkan terhadap Rita, namun memilih untuk mengatur pertemuan dengan kedua-dua pihak bagi meredakan ketegangan.
Peringkat awal saya tidak mahu campur isu perbalahan antara ibubapa pelajar MRSM. Namun atas rasa tanggungjawab saya akan panggil kedua-dua pihak bagi menjernihkan keadaan tidak sihat, bahkan tauladan yang tidak baik buat pelajar.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Mohd Roslan Mohd Nor, dan timbalannya, Saidah Haris @ Harith, memfailkan saman terhadap Rita selepas notis tuntutan RM1 juta tidak dipatuhi.
Menurut peguam Datuk Adnan Seman, saman itu difailkan selepas Rita didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah melalui Instagram, WhatsApp dan platform lain, termasuk melabel plaintif sebagai bongkak, narsisis, tidak profesional, ‘prof kangkung’, gila jawatan, penipu serta menuduh berlaku salah urus wang ibu bapa.
YDP Dan Naib YDP Muafakat MRSM Sungai Besar Saman Rita Rudaini
Plaintif menuntut perintah injunksi, pemadaman kenyataan fitnah, permohonan maaf secara video selama tiga bulan serta ganti rugi am, teruk dan pengajaran.
Kedua-dua tokoh akademik itu masing-masing merupakan pensyarah kanan Universiti Malaya dan pensyarah cemerlang Institut Pendidikan Guru.
Isu tersebut terus menjadi perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ibu bapa yang mengikuti perkembangan pemilihan pelajar ke institusi MARA.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Isu MUAFAKAT MRSM Saman Rita : ‘Saya Akan Panggil Kedua-Dua Pihak’ – Asyraf Wajdi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments