#Hiburan: “Saya Masih Dalam Idah, Tak Tahu Yang Dia Bakal Nikah..” – Balu Mangsa Jatuh Gaung Di Terengganu

Balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, masih terkejut dan tidak menyangka panggilan telefon yang diterima pada malam Jumaat membawa berita duka mengenai kemalangan yang meragut nyawa suaminya di Kilometer 52, Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring, Bukit Kawah.

Che Norhashimah Hassan, 50, berkata dirinya menerima panggilan daripada IPD Hulu Terengganu sekitar jam 8.15 malam, ketika berada di rumahnya di Gua Musang, sebelum dimaklumkan bahawa suaminya terlibat dalam kemalangan maut.

Advertisement

jatuh gaung

Lebih mengejutkan, beliau mengakui tidak mengetahui langsung mengenai perancangan arwah untuk bernikah pada 25 Disember depan, memandangkan mereka kini tinggal berasingan.

Kami sebenarnya telah bercerai tetapi saya masih dalam tempoh idah. Kami juga sudah tidak berhubung hampir tiga bulan. Sebab itu saya sangat terkejut… tak sangka perkara begini akan terjadi.

Apa pun yang berlaku, saya pasrah dan reda kerana dia saya anggap masih lagi sebagai suami saya sejak 25 tahun lalu,” katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu.

“Arwah Bapa Yang Sangat Menjaga Kami”

Pasangan ini mempunyai lima anak berusia antara 8 hingga 24 tahun. Che Norhashimah berkata, berita kematian itu amat perit untuk diterima, namun dia cuba reda demi anak-anak.

@malaysiagazette

Bakal pengantin maut, SUV terbabas jatuh gaung Siasatan awal mendapati kenderaan dipandu mangsa melalui laluan yang sebenarnya telah ditutup kepada semua kenderaan susulan kejadian tanah runtuh sebelum ini. #malaysiagazette #MGViral Sumber : Media Sosial

? Sad and lonely – MoppySound

Walau apa pun yang telah terjadi, arwah seorang bapa yang sangat mengambil berat hal keluarga dan tidak pernah mengabaikan anak-anak.

Beliau yang bertugas sebagai guru di SK Renok Baru memaklumkan tiba di hospital pada jam 4 pagi, selepas bergegas dari Gua Musang ke Bachok, sebelum ke Hulu Terengganu bersama abang kandungnya.

Anak sulung arwah pula berkata, kali terakhir dirinya berhubung dengan ayah adalah pada Rabu lalu, dan arwah tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.

“Sebelum ini ayah selalu pesan supaya saya jaga adik-adik dengan baik. Bila kami bercakap baru-baru ini pun semuanya normal,” katanya yang kini mengikuti pengajian DPLI.

Proses bedah siasat selesai sekitar jam 2 petang. Jenazah Allahyarham Hassan dibawa pulang ke Kedai Menanti, Pasir Puteh, untuk dikebumikan, manakala seorang lagi mangsa, Suzaimah Che Azis, 34, dikebumikan di Kampung Lebir, Gua Musang.

Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan seorang guru dan seorang pengusaha kantin sekolah maut apabila SUV Toyota Fortuner yang dinaiki terbabas ke dalam gaung kira-kira jam 5.30 petang.

Allahyarham Hassan merupakan Guru Penolong Kanan di SK Lebir, manakala Allahyarhamah Suzaimah turut bertugas di sekolah sama. Kedua-duanya meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah. – SINAR HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pemilik spa songsang
2025-12-06 12:30:52

Pemilik ‘Spa Songsang’ Mengaku Salah Risiko Sebarkan HIV & Miliki Bahan Lucah, Tujuh Individu Turut Didakwa

The post “Saya Masih Dalam Idah, Tak Tahu Yang Dia Bakal Nikah..” – Balu Mangsa Jatuh Gaung Di Terengganu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments