#Hiburan: Hantaran Threads Rita Rudaini Curi Tumpuan Ramai, Netizen Beri Kata-Kata Semangat – “Jangan Gentar Jika Kita Benar”

Pelakon Rita Rudaini sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik sebuah hantaran penuh simbolik dan emosi di media sosialnya susulan kontroversi yang sedang dihadapinya.

Dalam hantaran tersebut, Rita berkongsi video animasi yang memaparkan seorang pahlawan wanita menggendong anak sambil terus berjuang, seolah-olah menggambarkan kekuatan seorang ibu yang sedang menghadapi cabaran besar.

Advertisement

rita

Hatinya kuat, tapi sayangnya luar biasa dan jujurnya pedih. Berkata jujur itu tidak selalu manis, kadang yang pedih didengar itulah yang paling benar.

Ungkapan itu membuatkan ramai percaya ia merujuk kepada ketegasan Rita dalam menyuarakan isu melibatkan kepimpinan MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, yang kini membawa kepada tindakan saman.

Warganet Banjiri Ruangan Komen Beri Sokongan

Meninjau ruangan komen, ribuan netizen tampil memberikan semangat, memuji kekuatan Rita dan menghargai keberaniannya bersuara.

rita rudaini

Ramai menyifatkan Rita sebagai seorang wanita yang tegas mempertahankan prinsip, terutama melibatkan kepentingan ibu bapa dan pelajar.

Sokongan itu turut datang daripada mereka yang mengikuti rapat isu pemilihan pelajar MRSM yang sedang hangat diperkatakan.

Isu Saman RM1 Juta Terus Jadi Tumpuan

Terdahulu, Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM Sungai Besar, Mohd Roslan Mohd Nor, dan timbalannya, Saidah Haris @ Harith, memfailkan saman terhadap Rita selepas notis tuntutan RM1 juta tidak dipatuhi.

YDP Dan Naib YDP Muafakat MRSM Sungai Besar Saman Rita Rudaini

Saman tersebut difailkan pada 6 Disember lalu menerusi Tetuan Adnan Sharida & Associates.

Rita sebelum ini lantang mendakwa wujud kelemahan dalam kepimpinan MUAFAKAT yang didakwa menjadi punca ketidakpuasan hati ibu bapa berhubung isu berkaitan pemilihan pelajar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-12-08 16:23:56

YDP Dan Naib YDP Muafakat MRSM Sungai Besar Saman Rita Rudaini

The post Hantaran Threads Rita Rudaini Curi Tumpuan Ramai, Netizen Beri Kata-Kata Semangat – “Jangan Gentar Jika Kita Benar” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments