Seorang pengguna Threads mencetuskan perhatian ramai apabila mendakwa terdapat seorang selebriti terkenal yang sering berkongsi rezeki, namun makanan yang disedekahkan dikatakan berada dalam keadaan kurang baik.
Menerusi perkongsian di platform itu, individu tersebut mendakwa makanan lebihan dari rumah selebriti berkenaan selalunya diberikan kepada pengawal keselamatan dan penghantar barang.

Rupanya ada artis yang suka beri lebihan makanan pada pengawal keselamatan dan penghantar barang.
Tapi sayang, makanan yang diberikan itu selalunya sudah hampir basi dan basi.
Menurutnya lagi, pengawal keselamatan yang menerima makanan tersebut kini mula menyedari keadaan juadah yang diberi.

Pengawal keselamatan pun sudah perasan dan bagi pesanan pada geng kurier (penghantar barang).
Walaupun ramai mendesak agar identiti selebriti itu didedahkan, individu berkenaan memilih untuk tidak mendedahkan nama artis terbabit. Sebaliknya, dia memberi peringatan agar orang ramai lebih berhati-hati sebelum menerima apa-apa makanan pemberian sesiapa, termasuk selebriti.
Hati-hati kalau dapat makanan dari rumah artis tersebut.
Kita tak payah sebarang sebarang ambil dan terus makan apa apa pemberian orang. Sebaiknya tengok keadaan makanan itu terlebih dahulu.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk yang kesal jika dakwaan itu benar, kerana pemberian makanan sepatutnya dilakukan dengan tanggungjawab dan memastikan ia selamat untuk dimakan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Selebriti Terkenal Dikecam Selalu ‘Bersedekah’ Makanan Tapi Hampir Basi – “Hati-Hati Kalau Dapat Dari Dia” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas


0 Comments