Pelakon Indonesia, Baim Wong, mengakui tidak mengambil pusing tindakan segelintir peminat yang memboikot dirinya kerana didakwa menghasut anak-anak membenci isterinya, Paula Verhoeven.
Malah, peminat turut menyeru supaya karya dan pekerjaan Baim diboikot sebagai tanda sokongan kepada Paula. Namun, Baim lebih memilih untuk bersikap tenang dan menyerahkan segala urusan rezeki kepada Allah.
“Semua rezeki datang daripada Allah. Buat apa saya mahu melayan perkara ini, yang penting saya tahu saya tidak bersalah,” katanya tegas ketika ditemui di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, seperti dilaporkan InsertLive.
Dalam pada itu, Baim mengakui dirinya serba salah kerana sering menjadi sasaran kecaman sama ada dia mendiamkan diri atau memberi penjelasan mengenai kemelut rumah tangganya yang kini dalam proses perceraian.
Saya bukan tidak mahu bercakap, tetapi diam salah, bersuara pun salah. Itu yang saya hadapi selama ini.
Saya sendiri bingung sama ada perlu bercakap atau tidak. Seperti sekarang, saya tidak tahu tindakan saya ini betul atau salah. Hanya dengan Bismillah saya melakukannya atas izin Allah.
Untuk rekod, Baim telah memfailkan perceraian terhadap Paula pada 7 Oktober tahun lalu atas alasan kecurangan. Namun, sehingga kini proses perceraian mereka masih tertangguh kerana kedua-duanya gagal mencapai kesepakatan secara sah di sisi undang-undang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Yang Penting Kita Tahu Kita Tidak Salah” – Didakwa Hasut Anak Benci Isteri, Baim Wong Tak Kisah Diboikot first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments