#Hiburan: “Tak Adil Semua Salahkan PBT, Jangan Hukum Orang Yang Tak Sepatutnya” – Isu Pak Cik Petai, Ini Jawab MB Negeri Sembilan

Melalui laporan Sinar Harian, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun ulas isu yang membabitkan seorang pak cik bertindak membaling petai-petai yang dijual di jalan raya sebagai tanda protes susulan tidak dibenarkan berniaga di kawasan tersebut.

PBT hanya jalankan tanggungjawab

Menurut Aminuddin, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan PBT (pihak berkuasa tempatan) kerana mereka hanya menjalankan tanggungjawab kerja serta merasakan hal itu tidak adil.

Advertisement

pakcik petai

Katanya lagi, dia meminta agar masyarakat tidak terus menghukum anggota Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), sebaliknya selidik kronologi isu tersebut berlaku.

Perkara tersebut bermula dengan aduan menjalankan perniagaan di hadapan kedai yang tidak sepatutnya berlaku. Apabila dinasihatkan berlakulah kejadian seperti itu, mungkin ketika berpuasa dan dalam keadaan marah akhirnya rakyat memberikan penghakiman tidak adil kepada semua.

Tak adil hukum PBT tanpa usul periksa

Susulan itu, Ahli Parlimen berkenaan menasihati masyarakat untuk bersikap adil dengan tidak menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa dahulu.

pakcik petai

Namun begitu, Aminuddin sempat meluahkan rasa syukur kerana isu tersebut berjaya diselesaikan dengan cara baik oleh kedua-dua belah pihak.

Sekadar info, kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah pasar raya di daerah ini dan perkongsian video tersebut mengundang pelbagai reaksi, di mana netizen berasa rasa simpati terhadap pak cik itu.

akak megi malam jual pisang kunafa
2 hours ago

Perkenalkan Makanan 'Homemade' Baru, Peniaga Megi Malam Kini Jual Pisang Kunafa RM18 Pula - "Megi Dah Tak Laku Ke?"

The post “Tak Adil Semua Salahkan PBT, Jangan Hukum Orang Yang Tak Sepatutnya” – Isu Pak Cik Petai, Ini Jawab MB Negeri Sembilan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments