#Hiburan: Ikut Jejak Langkah Singapore Airlines, MAS Kemas Kini Penggunaan ‘Powerbank’ Dalam Penerbangan Bermula 1 April 2025

Malaysia Airlines telah mengeluarkan peringatan kepada semua penumpang penerbangan mereka, termasuk Malaysia Airlines, Firefly, dan MASwings, mengenai peraturan penggunaan powerbank semasa penerbangan, memetik Amanz.

Bermula 1 April 2025, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa maksimum dua powerbank dengan kapasiti antara 100 hingga 160Wh.

Advertisement

power bank

Selain itu, powerbank mesti sentiasa berada bersama penumpang dan tidak boleh disimpan di dalam beg kabin atau bagasi.

Langkah ini diambil oleh Malaysia Airlines bagi memastikan keselamatan penerbangan serta mengurangkan risiko kejadian seperti kebakaran akibat penggunaan powerbank.

Sebelum ini, Singapore Airlines mengumumkan penumpang syarikat mereka tidak dibenarkan menggunakan power bank dalam penerbangan bermula 1 April ini namun dibenarkan dibawa di dalam kabin.

Ini berikutan insiden kebakaran dalam penerbangan Air Busan yang berpunca daripada alatan elektronik itu sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

singapore airlines banned penggunaan power bank dalam pesawat
6 days ago

Anda Tidak Dibenarkan Bawa 'Power Bank' Jika Menaiki Pesawat Singapore Airlines, Bermula April 2025

The post Ikut Jejak Langkah Singapore Airlines, MAS Kemas Kini Penggunaan ‘Powerbank’ Dalam Penerbangan Bermula 1 April 2025 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments