Kenaikan harga barangan sering menjadi buah mulut orang ramai terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Faktor utama yang sering dikaitkan dengan kenaikan harga termasuklah peningkatan kos pengeluaran, inflasi serta pemintaan dan penawaran barangan.
Situasi ini secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada negara kita, khususnya rakyat yang berpendapatan rendah.
Baru-baru ini, sebuah kedai serbaneka terkenal iaitu Eco-Shop telah mengejutkan para pembeli apabila mereka mengumumkan kenaikan harga.
Tular di media sosial apabila seorang individu memuat naik gambar ‘banner‘ menunjukkan bahawa kedai itu akan melaksanakan kenaikan harga sebanyak 20 sen.
Bermula 14 April 2025, harga barangan di Eco-Shop akan meningkat daripada RM2.40 kepada RM2.60 di Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak pula harga akan naik daripada RM2.60 kepada RM2.80.
Perkara ini telah menimbulkan rasa kecewa dalam kalangan pelanggan terutamanya mreka yang sekian lama bergantung pada harga mampu milik kedai itu.
Menerusi ‘banner‘ yang dipaparkan, Eco-Shop menyatakan bahawa kenaikan harga ini bertujuan untuk mengekalkan kualiti serta memastikan perkhidmatan mereka sentiasa berada pada tahap terbaik.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2023 yang lalu, CEO Eco-Shop Malaysia iaitu Jessica Ng pernah menyatakan bahawa mereka akan berusaha mengekalkan harga RM2.40 sekurang-kurangnya selama lima tahun.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir pihak yang memilih untuk mencari kedai alternatif yang lain kerana enggan menerima kenaikan harga tersebut.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
The post Kedai Serbaneka Terkenal Sudah Naik Harga? – “Daripada RM2.40 Naik Kepada RM2.60..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments