Kerajaan telah menetapkan syarat baharu bahawa 70 peratus pelajar tingkatan empat yang diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun depan mesti berasal dari aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM).
Menurut laporan Kosmo! Online, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa keputusan ini dibuat susulan penurunan minat dalam kalangan pelajar Melayu terhadap aliran tersebut.

Mulai tahun depan tanpa kecuali. Ada ibu bapa takkan senang (syarat baharu), ada tekanan. Minat anak Melayu dalam STEM ini merosot.
Dalam pada itu, dia turut meminta agar pihak yang terlibat berusaha dalam mengembalikan minat pelajar terhadap STEM.
Mulai tahun ini, beri tumpuan kepada semua sama ada MRSM, SBP, sekolah menengah agama tanpa kecuali untuk ambil langkah segera.
Berikan tekanan supaya ada minat yang bertambah dalam kalangan anak kita untuk masuk aliran STEM.
Kata Anwar, galakan untuk pelajar mengambil aliran STEM juga seiring dengan keadaan pada masa kini.
Ekonomi melonjak, kecerdasan buatan (AI) yang menjadi dasar utama, pusat data semakin bertambah selain minat melabut juga sangat membanggakan.
Sebelum ini, Anwar mencadangkan kira-kira 70 peratus pelajar di SBP di bawah Kementerian Pendidikan dan MRSM memilih bidang STEM mulai tahun depan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
The post Syarat Baharu, 70% Pelajar MRSM & SBP Tingkatan 4 Mesti Masuk Aliran STEM first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments