#Hiburan: “Berhenti Daripada Menjadi ‘Badut’, Berdialoglah Guna Akal Bukannya Benci..” – Sultan Pahang Tegur Pemimpin Politik

Baru-baru ini, melalui satu video yang dimuat naik di Facebook Kesultanan Pahang, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah meningatkan pemimpin politik untuk bertindak sebagai jambatan perpaduan dan bukannya mencetuskan api keharmonian yang sudah lama terbina dalam Malaysia.

Sultan Pahang kecewa ada yang meremehkan agama

Sultan Pahang bertitah, bahawa baginda berasa kecewa kerana masih ada suara-suara sumbang yang meremehkan kesucian agama, mencabar kemulian Islam, seperti tiada batas dalam bicara dan bertindak.

Advertisement

Biarkanlah ‘pentas’ ini terus tenang, tanpa ‘drama’ yang menyakitkan. Berdialoglah guna akal dan hati, bukannya bermonolog guna nista dan benci.

Dalam pada itu, baginda turut mengingatkan umat Islam untuk bangkit pertahankan agama bersama-sama dan melindungi kesucian agama agar tidak diperlekehkan sewenang-wenangnya.

Hormat agama satu sama lain

Jangan hanya kerana kelembutan dan kesopanan itu ada pihak yang berani memperlekehkan agama kita sesuka hati. Selagi mana kita bernama muslim kita bertangungjawab mempertahankan agama suci ini.

Tambahannya lagi, dalam negara yang mempunyai pelbagai agama dan bangsa, tiada yang lebih utama daripada menghormati agama satu sama lain dengan menjaga sensitiviti masing-masing.

shiera ijoy tawar diri kendali segmen 3 pagi era
2 hours ago

Sharifah Shahira Tawar Diri Kendali 3 Pagi Era Secara Percuma - "Kita Dah Berhenti Kerja Ni, Kita Tolong Jap"

The post “Berhenti Daripada Menjadi ‘Badut’, Berdialoglah Guna Akal Bukannya Benci..” – Sultan Pahang Tegur Pemimpin Politik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments