#Hiburan: “Saya Sentiasa Percaya Saya Tak Bersalah & Mahkamah Tempat Terbaik Untuk Membuktikan Itu” – Syed Saddiq

Melalui akaun Instagram Ahli Parlimen Muar iaitu YB Syed Saddiq, dia meluahkan rasa kecewa susulan Mahkamah Rayuan, semalam, menangguhkan prosiding rayuannya disebabkan faktor kesihatan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Kecewa prosiding ditangguhkan bulan depan

Dapat dilihat dalam hantaran video yang dimuat naik di platform tersebut, Syed Saddiq memaklumkan penangguhan itu dibuat kerana pendakwa raya alami sakit tekak dan prosiding terpaksa ditangguhkan di bulan hadapan.

Advertisement

Biarpun tetap mendoakan agar kesihatan pendakwa itu kembali pulih, tetapi Ahli Parlimen Muar itu tidak menafikan berasa kecewa susulan prosiding itu ditangguhkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Lima tahun tuntut keadilan, yakin diri tak bersalah

Sudah lima tahun saya menuntut keadilan. Saya tidak pernah sekali pun minta kes saya digugurkan. Saya tidak pernah minta MC atau check-in hospital bagi melewatkan perbicaraan saya di mahkamah.

Dalam pada itu, Syed Saddiq turut yakin bahawa dari awal kes ini berlangsung, dirinya tidak bersalah dan yakin, mahkamah merupakan tempat terbaik untuk membuktikannya.

Buat masa ini, saya hanya mampu merayu kepada Allah S.W.T untuk memberikan saya kekuatan dan kesabaran untuk terus menegakkan kebenaran.

syed saddiq didakwa berniat jahat
19 hours ago

"Syed Saddiq Berniat Jahat, Berselindung Sebalik Alasan Manfaat Politik Untuk Arah Keluar RM1 Juta Daripada Akaun ARMADA" - Timbalan Pendakwa Raya

The post “Saya Sentiasa Percaya Saya Tak Bersalah & Mahkamah Tempat Terbaik Untuk Membuktikan Itu” – Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments