Sarah Yasmine, wanita yang pernah mengaku sebagai kekasih gelap Aliff Aziz menuntut ganti rugi sebanyak S$250,000 bersamaan RM875,000 terhadap aktor tinggi lampai tersebut.
Menurutnya, ganti rugi tersebut adalah sebagai pampasan kerana secara salah memulakan tuntutan di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA) terhadapnya pada tahun lalu.
Wanita berusia 25 tahun itu memuat naik tangkap layar notis tuntutan atau LOD di Instagram story hari ini dan berkata tindakan Aliff tidak berasas memandangkan penyanyi dari Singapura tersebut sudah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan Ruhainies pada 21 Februari 2024.
Jelasnya, pengakuan Aliff itu sekali gus mengesahkan bahawa semua kenyataan yang pernah dikeluarkan olehnya tentang aktor berkenaan sebelum ini terbukti benar.
Pengakuan ini mengesahkan bahawa kenyataan saya sebelum ini mengenai hubungan anda dengan pelakon tersebut, yang telah saya kongsikan secara terbuka, adalah benar dan tidak memfitnah.
Sarah memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan ganti rugi seperti yang dimintanya dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu lain yang memburukkan namanya sebelum ini.
Ini hanyalah permulaan, bagi mereka yang telah menganiaya saya dalam tempoh sama, terutamanya mereka yang cipta fitnah tentang saya, sama ada besar atau kecil, ketahuilah saya akan datang untuk anda juga tahun ini. Anda tahu siapa anda. Dah kata, kebenaran, pasti akan menang.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Mengaku Salah Berkhalwat, Sarah Yasmine Tuntut Ganti Rugi RM875,000 Daripada Aliff Aziz – “Saya Beri Tempoh 7 Hari” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments