#Hiburan: Laung Azan Maghrib 3 Minit Lebih Awal, Darsa Fried Chicken Puncak Alam Mohon Maaf

Darsa Fried Chicken (DFC) Puncak Alam ingin memohon maaf kepada para pelanggan berikutan kesilapan dalam laungan azan maghrib.

Insiden ini berlaku pada 17 Mac, jam 7.26 malam, sedangkan waktu sebenar untuk kawasan Kuala Selangor adalah pada 7.29 malam.

Advertisement

Dalam kenyataan rasmi yang dimuat naik di Facebook pada Jumaat, pihak pengurusan menyedari bahawa kesilapan tersebut telah menyebabkan pelanggan berbuka puasa lebih awal daripada waktu sepatutnya.

Kami dengan penuh rasa tanggungjawab memohon maaf atas kekhilafan ini dan amat menghargai kesedaran serta keprihatinan pelanggan yang telah memaklumkan perkara ini kepada kami.

Sehubungan itu, kami menasihatkan pelanggan yang telah berbuka pada waktu tersebut untuk menggantikan (qada) puasa bagi mematuhi hukum syarak.

Bagi mengelakkan kejadian ini daripada berulang, pihak pengurusan telah mengambil langkah pembetulan, termasuk menyemak serta menyelaraskan waktu azan dengan jadual rasmi solat.

Kami menghargai kepercayaan anda terhadap Darsa Puncak Alam dan berkomitmen untuk memberikan pengalaman terbaik kepada semua pelanggan. Segala kesulitan amat dikesali dan kami berterima kasih atas pemahaman serta sokongan anda.

Memo ini telah dimuat naik di Facebook Darsa Fried Chicken pada 19 Mac lalu dan dikongsikan semula pada hari ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

elrah
1 hour ago

"Orang Tak Boleh Plagiat Jiwa Sesuatu Jenama" - El Azman Syukur Jualan Catat RM250 Juta Di Sebalik Kontroversi Samping Keris

The post Laung Azan Maghrib 3 Minit Lebih Awal, Darsa Fried Chicken Puncak Alam Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments