#Hiburan: El Azman Didakwa Tiru Rekaan Samping Warisan Turun-Temurun Suami Tyra Kamaruzzaman – “Dah Mesej Dia Tapi Banyak Alasan”

Nama pengasas jenama baju Melayu terkenal, Elrah Exclusive, iaitu El Azman kembali menjadi perhatian apabila dia didakwa meniru reka bentuk kain samping yang diperkenalkan oleh jenama pakaian milik suami pempengaruh Tyra Kamaruzzaman, Emran Rijal.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Tyra mendakwa bahawa reka bentuk samping tersebut adalah hasil warisan turun-temurun suaminya sejak tahun 1890.

Advertisement

emran rijal el azman

emran rijal el azman

emran rijal el azman

‘Design’ samping ini adalah peninggalan nenek moyang Emran yang diturunkan kepada keturunannya sejak dari tahun 1890. ‘Design’ ini juga adalah ‘trademark’ bagi keluarga Emran kerana ia merupakan warisan turun-temurun.

Tapi sayang, ia telah diplagiat dan yang paling menyedihkan ialah mereka (Elrah) menciplak ‘design’ ini 100 peratus termasuklah penggunaan warna pada samping.

Selain itu, Tyra turut berkongsi gambar sijil pengesahan yang menunjukkan reka bentuk samping tersebut telah didaftarkan di bawah Akta Hak Cipta 1987 dan merupakan milik keluarga Emran.

copyright

Dalam pada itu, Tyra turut mendedahkan bahawa suaminya telah menghantar mesej kepada El Azman bagi membincangkan perkara tersebut.

Emran dah berhubung dengan pemilik (Elrah) tetapi dia memberikan pelbagai alasan untuk berjumpa.

Sudah berbulan lamanya mereka berhubung namun pemilik tersebut memaklumkan tidak mempunyai masa untuk berjumpa (tetapi ada masa untuk bekerjasama bersama beberapa artis).

Namun, El Azman dikatakan memberikan pelbagai alasan, seolah-olah mengelak daripada bertemu dengan Emran.

el azman emran rijal isu copyright

emran el azman isu copyright keris

Sebagai bukti, Emran turut memuat naik tangkap layar perbualannya dengan El Azman menerusi mesej di Instagram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

20 hours ago

"Kalau Nak Cari Tissot Atau G-Shock, Takde Tau" - Lelaki Kongsi Pengalaman Kena 'Halau' Dari Masuk Butik Rolex

The post El Azman Didakwa Tiru Rekaan Samping Warisan Turun-Temurun Suami Tyra Kamaruzzaman – “Dah Mesej Dia Tapi Banyak Alasan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments