Isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Fara Salleh memaklumkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu pada awal Februari lalu.
Kata Fara, dia telah berbuat demikian di Mahkamah Rendah Syariah Segamat, Johor dan kini sedang menunggu tarikh sebutan kes.
Saya sudah selesaikan semua urusan perceraian dan sedang menunggu tarikh daripada mahkamah. Besar harapan saya Shuk akan beri kerjasama dan ‘kawan-kawan’ dia tak ganggu dalam proses perceraian ini.
Menurutnya lagi, Shuk tidak berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka selain lebih mementingkan kawan-kawan berbanding isteri sendiri.
Dia langsung tak tunjuk usaha dan disebabkan itu saya nekad mahu bercerai. Dia lebih pentingkan kawan-kawan berbanding saya dan bayi dalam kandungan.
Terdahulu, Fara ada meluahkan rasa bengang terhadap Shuk kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai suami di media sosial.
Fara mendirikan rumah tangga bersama pelawak itu pada November 2023 yang lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Harap Kawan-Kawan Dia Tak Ganggu Proses Ni” – Isteri Shuk Sahar Fail Cerai, Alasan Tiada Persefahaman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments