Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan dakwaan mengenai pelakon Rozita Che Wan yang dikhabarkan sudah selesai membayar hutang pinjaman perniagaan sebanyak RM1 juta.
Maklum Asyraf, aktres dan usahawan itu masih mempunyai baki pinjaman hutang sebanyak RM443,392 kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Jelasnya lagi, Rozita hanya membuat pembayaran sebanyak RM689,307.59 di mana RM150,000 diabayar secara tunai.
Rozita belum bayar habis hutangnya dengan MARA dengan baki tertunggak berjumlah RM443,392 yang perlu dilunaskan sepenuhnya sebelum 31 Mac ini.
Jadi dakwaan kononnya pelakon itu sudah melangsaikan semua hutangnya dengan MARA adalah tidak benar.
Jika dikira, baki hutang Rozita itu jika dibayar boleh menampung hampir 50 pelajar yang belajar di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).
Beliau dalam pada itu menegaskan tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang berhutang dengan MARA.
Ini termasuk artis atau golongan ternama supaya membayar balik pinjaman mereka kerana ia duit rakyat yang boleh digunakan bagi membantu pelajar dan usahawan lain yang memerlukan.
Februari lalu, Rozita berkata dia sudah melangsaikan tunggakan hutang pinjaman hampir RM1 juta kepada pihak MARA.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Rozita Masih Belum Langsai Hutang RM443,392 Kepada MARA – Asyraf Wajdi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments