#Hiburan: Iklan PTPTN Di KLIA2 Raih Perhatian Netizen – “Dah Pinjam Wajib Bayar..”

Seperti yang diketahui umum, ramai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih bergelut untuk melunaskan hutang pendidikan mereka.

Situasi ini berlaku disebabkan oleh komitmen kewangan lain atau sikap sambil lewa terhadap bayaran balik.

Advertisement

ptptn

Meskipun pelbagai kaedah ansuran telah diperkenalkan, kadar pembayaran balik masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Justeru, PTPTN terus berusaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan peminjam, termasuk menerusi kempen yang lebih kreatif dan berkesan.

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan iklan PTPTN yang dipaparkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang telah menarik perhatian ramai.

Menerusi iklan tersebut, ia memaparkan mesej tersirat kepada para peminjam yang masih belum melangsaikan hutang mereka.

Selamat bercuti kepada semua pelanggan PTPTN. Semoga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik anda.

Watch on TikTok

Iklan tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata meminta agar para peminjam untuk segera membayar pinjaman mereka.

komen tiktok

 

komen tiktok

komen tiktok

kerajaan pertimbang laksana semula sekatan perjalanan peminjam PTPTN
4 days ago

"Kalau Boleh Bercuti Luar Negara, Takkan Tak Boleh Bayar Hutang PTPTN?" - Akmal Saleh Setuju Jika Sekatan Perjalanan Dilaksana Semula

The post Iklan PTPTN Di KLIA2 Raih Perhatian Netizen – “Dah Pinjam Wajib Bayar..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments