Pelakon, Anna Jobling yang membintangi filem Lembayung akui semakin banyak menerima tawaran berlakon di Indonesia.
Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling berkata dia tetap meneliti setiap tawaran yang diberikan kerana dia sedar industri perfileman di sana lebih terbuka.
Dia menetapkan beberapa syarat kepada pihak produksi sebelum memberi kata setuju bagi mengelakkan sebarang masalah.
Saya akan maklumkan kepada pihak produksi apa yang boleh dan sebaliknya.
Sebagai contoh tentang pemakaian atau babak yang boleh dilakukan.
Jika mereka terima, saya tiada masalah bekerjasama. Alhamdulillah produksi di Indonesia juga sangat memahami tentang budaya masyarakat Malaysia.
Menurut Mstar, perkara itu telah dikongsikan oleh pelakon tersebut pada majlis tayangan perdana filem Lembayung yang diadakan di Petaling Jaya pada Selasa lalu.
Pelakon itu turut berkata dia tidak pernah terfikir mahu meninggalkan Malaysia hanya kerana reputasinya sebagai seorang pelakon kian meningkat di negara itu.
Pelakon itu memaklumkan dia akan terus menetap di sini dan bersedia untuk berulang alik ke Indonesia sekiranya terdapat sebarang projek di sana,
The post “Saya Akan Maklumkan Pada Pihak Produksi…” – Sedar Industri Filem Indonesia Lebih Terbuka, Anna Jobling Letak Syarat Jaga Sensitiviti Budaya Malaysia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments