Penampilan penyanyi, Nadeera mendapat perhatian netizen ketika tampil melakukan persembahan di 29th Asian Television Award (ATA29) yang telah berlangsung di Jakarta, Indonesia pada Jumaat lalu.
Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini telah mendendangkan lagu Nirmala yang dipopularkan oleh penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada malam pertama acara berkenaan.
View this post on Instagram
Meskipun kelihatan anggun mengenakan gaun berwarna hitam dengan lengan beropol, netizen berpendapat imej tersebut tidak bersesuaian dengan tema.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat penyanyi tersebut sepatutnya memakai pakaian tradisional yang menjadi lambang identiti Malaysia memandang persembahan tersebut diadakan di negara jiran.
The post “Suara Dah Sedap, Baju Pula Tak Kena” – Penampilan Nadeera Ketika Buat Persembahan TV Di Indonesia Dikritik Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments