#Hiburan: “Johor Akan Menjadi Negeri Pertama Tawar Gaji Premium Bermula RM4000 Hingga RM5000” – TMJ

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor bertitah bahawa negeri Johor akan menjadi negeri pertama yang menawar gaji minimum sebanyak RM4000 dan RM5000 kepada pekerja berkemahiran tinggi.

Difahamkan, keputusan tersebut dilakukan menerusi penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor (JDTC) yang dilancarkan pada 3 November lalu.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, baginda bertitah kerajaan negeri menerusi Johor Pl Plantations Group Berhad (JPG) berjaya memeterai kerjasama dengan syarikat Jepun, Fuji Oil Pte Ltd bagi membina kilang penapisan minyak sawit serta lemak khusu di negeri tersebut.

Kerajaan Negeri Johor turut bertemu dengan 83 syarikat terkemuka di Korea Selatan untuk mempromosikan inisiatif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan bakal membawa pelaburan strategik bernilai kira-kira AS$190 juta ke negeri ini.

Baginda turut bertitah bahawa dengan projek-projek sedemikian, ia akan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor dalam dalam beberapa tahun akan datang.

Sekolah autistik pertama bakal dibuka di Johor
1 week ago

Johor Bakal Buka Sekolah Khas Untuk Kanak-Kanak Autistik, Selaras Bajet 2025 Diumum Kerajaan

The post “Johor Akan Menjadi Negeri Pertama Tawar Gaji Premium Bermula RM4000 Hingga RM5000” – TMJ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments