#Hiburan: “Piecemeal Tidak Dibayar Isu Terpencil, Piecemeal Hantar Dokumen Tuntutan Tak Lengkap” – RTM

Semalam tular kisah mengenai seorang editor Inggeris di syarikat badan penyiaran RTM yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana dakwa  gajinya tidak dibayar biarpun sudah dua bulan bekerja.

Tampil perjelaskan hal tersebut, Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Penyiaran Malaysia berkata itu merupakan kes terpencil dan ia dibuat oleh seorang tenaga kreatif (Piecemeal) yang baru mula bertugas pada Oktober 2024.

Advertisement

rtm

Kata pihak RTM lagi, proses pembayaran untuk Piecemeal kini menggunakan sistem Tatacara Perolehan WP10.9, di mana pembayaran akan diterima dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap dihantar.

Difahamkan dalam kes ini, wanita terbabit tidak menghantar dokumen tersebut dengan lengkap dan dia diminta untuk melengkapkan dokumen berkenaan sebelum pembayaran diproses.

RTM

Tegas RTM, pihak mereka sentiasa membayar perkhidmatan kepada semua pekerja Piecemeal secara teratur dan mengikut tatacara kewangan yang berkuatkuasa.

rtm
22 hours ago

"Sistem Lapuk, Tak Cekap" - Staf RTM Luah Rasa Kesal Dua Bulan Bekerja Tapi Masih Tak Dapat Gaji?

The post “Piecemeal Tidak Dibayar Isu Terpencil, Piecemeal Hantar Dokumen Tuntutan Tak Lengkap” – RTM first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments