Sedia maklum, sebelum ini tular kisah mengenai sepasang suami isteri bersama sembilan orang anak tinggal di sebuah pondok usang tanpa dinding hampir dua dekad lalu.
Pondok usang di ubah suai
Terbaru, melalui Instagram aktivis sosial, Adrian Edy, dia memaklumkan sudah membantu keluarga berkenaan dengan perbaiki beberapa bahagian rumah yang sudah uzur.
Difahamkan, semua kompenan untuk rumah terbabit hasil daripada sumbangan yang diberikan oleh rakyat buat keluarga terbabit.
Hadiah Rumah Kasih Rakyat daripada Rakyat untuk keluarga kakak Vernnah di Kampung Rosob Pitas. Lantai yang reput kita tukar baru, zink yang rosak kita tukar baru. Kita juga buatkan satu lagi bilik buat anak-anak kak Vernnah.
10 jam ubah suai rumah
Dalam pada itu, Edy memberitahu proses untuk ubah suai pondok tersebut menjadi sebuah rumah memakan masa dalam masa 10 jam.
Kata aktivis itu lagi, proses membaik pulih kediaman tersebut bagi memberi keselesaan buat anak-anak mereka apabila mahu belajar.
Melompat lompat mereka di dalam bilik baru, syukur selepas ni mereka lebih selesa sudah tidur, dapat buat kerja sekolah dengan selesa juga, ada lampu juga yang dipasang.
The post “Ada Satu Bilik Buat Anak-Anak” – 10 Jam Proses ‘Renovate’, 11 Beranak Tidak Lagi Duduk Di Pondok Usang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments