Pelakon dan pengacara, Didie Alias tampil menegur tindakan segelintir pemain seni terutamanya pendatang baharu yang mencemarkan nama baik industri hiburan kerana terpalit dengan kontroversi murahan.
Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd. Ali berkata mereka yang mahu memasuki dunia hiburan perlu lebih bijak menjaga nama baik diri, keluarga dan industri.
Kami yang lama dalam bidang ini cuba sedaya mungkin menjaga nama baik sejak dulu hingga sekarang.
Kalau tak mampu bawa diri dengan baik, jangan masuk dalam industri aku.
Kena fikir impak tindakan kita, lebih-lebih lagi terhadap keluarga seperti isteri, anak, ibu bapa. Apa perasaan mereka jika kita buat sesuatu yang memalukan?
Menurut HibGlam, pelakon itu turut memuji Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mampu membawa dirinya dengan baik sejak dia menceburi dunia seni.
Siti Nurhaliza adalah contoh terbaik. Dari usia belasan tahun, dia sudah pandai membawa diri sehingga kini diiktiraf sebagai Biduanita Negara.
Didie turut menegaskan bahawa laluan untuk menjadi artis dahulu jauh lebih mencabar berbanding era media sosial kini dan seseorang artis itu perlu menjaga reputasi dan tanggungjawab mereka tidak kira popular atau tidak.
Dulu nak masuk industri susah. Kena uji bakat, lalui pelbagai halangan. Sekarang ini, viral satu isu terus jadi pelakon atau pelawak.
Kesimpulannya, jangan jadi orang seni tak ada otak, pegang tanggungjawab itu tak kisahlah kau popular atau sendu.
The post “Kalau Tak Mampu Bawa Diri Dengan Baik, Jangan Masuk Industri Aku” – Didie Alias first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments