#Hiburan: “Kereta Mahal Bermaksud Boleh Langgar Peraturan Ke?” – Individu Persoal Pihak Berkuasa Kunci Tayar Bezza Tapi ‘Lepaskan’ Kereta Mahal

Semua sudah sedia maklum meletakkan kenderaan di kawasan parkir yang dilarang sememangnya merupakan satu kesalahan dan selalunya akan dikenakan tindakan seperti mengunci tayar kereta.

Pihak berkuasa bersikap ‘double standard’?

Namun begitu, baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok yang telah menimbulkan persoalan selepas pihak berkuasa hanya memilih ‘kereta murah’ untuk dikenakan tindakan dan ramai merasakan situasi tersebut seolah-olah ‘double standard’ kerana kereta mahal ‘dilepaskan’.

Advertisement

Kunci tayar Bezza tapi lepaskan kereta mahal. Tolong jelaskan ini pihak berkuasa? Kereta mahal bermaksud saya boleh langgar peraturan ke?

@thenshijin People with money can break rules 🕺🏻 #dbkl #kualalumpur #malaysia #dewanbandarayakualalumpur ♬ original sound – Clinton

Kata individu yang memuat naik video itu, sewaktu dia bertanya kenapa tidak clamp kereta Range Rover yang ada berdekatan, pihak berkuasa berkenaan hanya mendiamkan diri enggan memberi jawapan.

Kurang senang dengan tindakan pihak berkuasa

Lelaki terbabit mengakui dia melakukan kesalahan, cuma dirinya berasa kurang senang dengan sikap ‘double standard’ pihak berkuasa itu.

Isunya bukan saya tidak mahu bayar, saya buat salah, saya mengaku kesilapan saya dengan membayar (denda). Tetapi orang lain? Kereta mahal bermakna undang-undang tidak dikenakan ke atas mereka?

Tetapi dia cuba untuk bersangka baik dengan menyatakan barangkali alat clamp tersebut tidak muat untuk saiz tayar kereta mahal yang berdekatan itu.

masjid
10 months ago

"Bukan Ke Kita Semua Sama Taraf.." - Individu Mempersoal Keperluan Tandas VIP Di Masjid & Surau

The post “Kereta Mahal Bermaksud Boleh Langgar Peraturan Ke?” – Individu Persoal Pihak Berkuasa Kunci Tayar Bezza Tapi ‘Lepaskan’ Kereta Mahal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments