#Hiburan: Nak Beli Rumah Tapi Tak Tahu Kos Yang Perlu Dibayar? Jom Kami Kongsikan 5 Kos Penting Yang Anda Perlu Tahu

OMG! Harga rumah sekarang ni boleh tahan mahal kan? Siapa yang tengah cari rumah sekarang ni, good luck lah nak cari harga yang mampu milik…

Bukan apa, zaman sekarang ni, selain mahal, ada banyak kos lain yang perlu ditanggung tau! Itu belum cerita lagi harga deposit, mahu sakit jantung mendengarnya…

Advertisement

Untuk anda yang tengah cari rumah tu tapi tak tahu apakah antara kos yang perlu dibayar, jom kami kongsikan secara dasar.

1. Kos Pendahuluan atau Deposit

Salah satu kos paling besar yang perlu anda tahu sebelum membeli sesebuah rumah adalah kos pendahuluan atau deposit. 

Macam kita nak beli kereta baru, rumah juga mempunyai kos deposit iaitu 10% daripada harga jualan, sebab kebanyakan bank hanya akan beri pinjaman maksima 90% sahaja tau. 

Contohlah harga sesebuah rumah itu dijual pada RM300K, jadi anda perlu ada RM30K untuk kos deposit.

2. Kos Yuran Guaman

Selain kos deposit, anda juga perlu sediakan kos guaman sebelum anda menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA). Eh, ada kos guaman sebelum beli rumah?

Mestilah ada guys, sebab mereka yang akan membantu kita untuk uruskan pelbagai perkara penting seperti pendaftaran jabatan tanah, pengangkutan, land search dan banyak lagi. 

Kalau anda nak tahu, yuran guaman adalah bergantung pada peratusan bayaran dikenakan berdasarkan harga jualan rumah. 

Kebiasaannya, RM500K pertama akan dikenakan 1.25%. Tapi, kalau rumah lebih mahal, maka lebih banyaklah kos ini.

3. Duti Setem

Selepas anda dah buat pengiraan untuk kos yuran guaman, anda perlu kira pula kos duti setem untuk SPA tau. 

Untuk pengetahuan, duti setem adalah cukai yang dikenakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas surat cara pindah milik semasa pembelian hartanah.

Jadi, Duti Setem untuk Perjanjian Jual Beli adalah: 

– 0% untuk harga sehingga RM100,000

– 1% untuk harga antara RM100,001 hingga RM500,000

– 3% untuk harga RM500,001 dan ke atas

Kalau anda nak tahu contoh pengiraan duti setem, berikut adalah caranya:

Harga rumah: RM400,000

Duti setem: 1% daripada RM400,000 = RM4,000

Harga rumah: RM600,000

Duti setem: 1% daripada RM500,000 (RM5,000) + 3% daripada RM100,000 (RM3,000)

Jumlah duti setem: RM5,000 + RM3,000 = RM8,000

4. Kos Penilaian 

Untuk kos penilaian pula, kos ini telah pun ditetapkan dalam pakej pinjaman daripada pihak bank, dan biasanya ia dalam lingkungan peratusan 0.25% hingga 0.45% saja.

Untuk amaun RM100k pertama, sebanyak 0.25% akan dikenakan, manakala amaun seterusnya sehingga RM2 juta pula akan dikenakan 0.2%

Jadi, contoh pengiraan adalah seperti berikut:

Harga jualan: RM250K

RM100K pertama: RM100K x 0.25% = RM250

Baki amaun: RM150K x 0.2% = RM300

Jumlah: RM250 + RM300 = RM550

Jadi, kos penilaian adalah RM550 untuk rumah harga RM250K.

5. Insurans Rumah

Kos akhir sekali yang anda perlu tahu sebelum beli rumah adalah insurans rumah, yang mana terdapat beberapa jenis insurans perumahan antaranya MRTT/MRTA atau MLTT/MLTA. 

Sebab kenapa ada pelan insurans rumah adalah ia untuk membantu melangsaikan hutang pinjaman bank sekiranya pemilik telah tiada, sama ada meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal. 

Kebiasaannya, pelan insurans ini dah termasuk sekali dalam pakej pinjaman yang pihak bank tawarkan kepada anda sebelum beli rumah. Jadi, anda boleh pilih dan nilai pelan mana yang bersesuaian. 

Semua Kos Ini Buat Anda Takut Miliki Rumah Baru? Jangan Risau, Kempen GIGA PR1MA Homes Kan Ada!

Dengan semua kos-kos ini, makin pening jadinya! betul tak? Berbaloi ke nak beli rumah dengan kos-kos ini? Siapa kata tak berbaloi? PR1MA kan ada!

Kalau anda nak tahu, PR1MA baru saja melancarkan kempen #GIGAPR1MAHomes yang mana ia bertujuan untuk memudahkan anda miliki rumah tau! Seriuslah, macam mana?!

Dengan #GIGAPR1MAHomes, anda tak perlu risau dengan kos pendaftaran sebab ia adalah PERCUMA. Eh, biar betul?

Betul guys, lebih menjimatkan kos, anda tak perlu keluarkan bajet untuk dapatkan peranti rumah pintar sebab anda akan dapat secara PERCUMA! Fuhh, selamat duit dalam akaun bank.

Kalau rumah dah serba lengkap dengan peranti rumah pintar, tak kan tak ada internet kan? 

Siapa cakap tak ada! Lepas ni anda tak perlu risau untuk bermain video game atau binge watch K-Drama tanpa masalah sebab PR1MA menyediakan internet PERCUMA selama 2 tahun. Wow, bestnya!

Lagi best, anda dapat menikmati rebat istimewa, kadar faedah serendah 3.8% dan pembiayaan 120% daripada SKJP. Fuhh, memang berbaloi kalau beli kediaman di PR1MA ni!

Dengan semua tawaran hebat ini, rugi sangat kalau anda tak miliki sebuah kediaman PR1MA dengan kempen #GIGAPR1MAHomes! Zaman sekarang ni, kenalah buat pilih yang bijak!

Berminat Untuk Miliki Kediaman PR1MA, Ini Antara Pilihan Kediaman Menarik Yang #GIGAPR1MAHomes Tawarkan!

beli rumah mampu milik

Dapat Kereta & Motosikal PERCUMA Kalau Miliki Kediaman PR1MA? Seronoknya!

Chop, chop, chop! Dapat kereta dan motosikal EV secara PERCUMA? Dengan kempen #GIGAPR1MAHomes ni?! Memang betul rugi kalau anda tak miliki kediaman di PR1MA, dah lah tak banyak kos diperlukan!

Kalau anda nak tahu, PR1MA menawarkan hadiah istimewa khas untuk anda yang membeli kediaman PR1MA sepanjang tempoh kempen ini. Tapi, tertakluk pada terma dan syarat tau!

Antara hadiah istimewa yang ditawarkan adalah tak lain tak bukan, kereta yang memegang title ‘King of The Road’, iaitu Perodua MYVI baru berwarna merah. Auto nampak garang! 

Selain itu, anda juga berpeluang memenangi sebuah motosikal EV, Samsung Galaxy S23 FE, dan jam pintar. Wah, seriuslah?!

Tak cukup lagi? PR1MA nak bagi banyak lagi hadiah menarik khas untuk anda, dengan syarat anda sertai cabaran di TikTok!

Antara hadiah yang anda bakal bawa pulang adalah seperti Sony PS5, VR Headset, Skuter Elektronik, Basikal Lumba, dan set berkhemah. Bestnya!

Amboi PR1MA, banyak betul hadiah ya! Anda nak menang semua hadiah ini, tapi tak tahu nak buat kandungan TikTok macam mana? Ikut saja langkah mudah di bawah:

beli rumah mampu milik

Psst, cabaran TikTok ini bermula sekarang sehingga 11 Disember 2024 saja tau. Jadi, jom sertai sekarang! 

Kalau anda berminat untuk beli kediaman PR1MA, ikut saja langkah di bawah:

Langkah 1: Berhubung dengan PR1MA atau Rakan Jualan berdaftar untuk memilih unit (bergantung pada ketersediaan unit)

Langkah 2: Pilih pakej pembiayaan yang sesuai melalui panel bank PR1MA dan nikmati pembiayaan 120% daripada SJKP

Langkah 3: Setelah memilih unit dan menjamin pembiayaan sesuai, anda boleh menandatangani perjanjian jual beli

Langkah 4: Selepas selesai pengeluaran pinjaman, kunci akan diserahkan untuk kediaman yang telah siap dibina

Haa, senang kacang saja kan untuk miliki kediaman PR1MA ni? Jadi, tunggu apa lagi, jom lah tengok antara kediaman yang tersedia di gigahomes.pr1ma.my sekarang!

Maklumat lebih lanjut tentang GIGA PR1MA Homes, layari laman web rasmi GIGA PR1MA atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok

The post Nak Beli Rumah Tapi Tak Tahu Kos Yang Perlu Dibayar? Jom Kami Kongsikan 5 Kos Penting Yang Anda Perlu Tahu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments