Usahawan dan jurusolek terkenal, MUA Bellaz antara yang turut terkesan dengan bencana banjir yang sedang melanda negara.
Menerusi hantaran di TikTok milik jurusolek itu, Bellaz memuat naik video yang memaparkan suaminya Anuar Ahmad atau lebih dikenali sebagai Mat Nuart sedang membantu memindahkan beberapa mangsa banjir menggunakan all-terrain vehicle (ATV).
Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini berkata, ATV tersebut adalah hadiah yang diberikan kepada suaminya pada tahun 2020.
ATV yang saya hadiahkan semasa hari jadi suami tahun 2020 sangat berguna sampai ke hari ini.
Sebab itu saya terharu bila tengok video ini, dia boleh bantu orang ramai.
Menurut jurusolek itu, ATV itu telah memudahkan pergerakan bantuan terutamanya untuk warga emas di sekitar kampungnya.
ATV dia tinggi jadi boleh masuk kawasan kampung yang airnya dalam.
Sekarang dia dengan yang lain nak masuk ambil warga emas dalam kawasan kampung saya untuk dibawa ke pusat pemindahan.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan usahawan itu sebagai seorang yang rendah diri dan murah hati.
The post MUA Bellaz Akui Terharu Suami Guna ATV Hadiah Hari Lahir Bantu Mangsa Banjir – “Mat Nuart Nak Ambil Warga Emas…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments