#Hiburan: “Saya Dah Hari Ke-34, Doakan Saya” – Misi Selawat 40 Hari Hampir Selesai, Ruhainies Akui Rasai Perubahan

Pelakon, Ruhainies akui gembira setelah ramai pengikutnya turut mengikuti misi berselawat sebanyak 1,000 kali sehari selama 40 hari.

Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berharap orang ramai yang melakukan amalan tersebut dapat merasai perubahan seperti mana dialaminya.

Advertisement

ig story 1st

Pelakon itu berkongsi perkara itu menerusi ruangan soalan yang dibuka kepada pengikut di Instagram Storynya. 

Pelakon itu juga memberitahu selepas 34 hari mengamalkan rutin tersebut, dia memperoleh pelbagai nikmat.

Saya baru 34 hari, ada lagi enam hari. Doakan saya. Walaupun belum cukup 40 hari, saya boleh rasa perbezaannya dan banyak nikmat diterima.

Saya tak perlu sebutkan (nikmat) disini, biarkan hanya saya dan Allah sahaja tahu.

dah 40 hari

 

Pelakon itu memberitahu dia tidak memaksa sesiapa melakukan amalan tersebut kerana hanya sekadar berkongsi pengalaman dan perubahan dialami.

5 hari

Sekadar info, sebelum ini Ruhainies berkongsi dirinya kini sedang fokus dengan misi berselawat sebanyak 1,000 kali sehari selama 40 hari.

ruhainies obses selawat
2 weeks ago

Ruhainies Dalam Misi Selawat 1,000 Kali Sehari, Nak Hadiahkan Netizen Tasbih Digital

The post “Saya Dah Hari Ke-34, Doakan Saya” – Misi Selawat 40 Hari Hampir Selesai, Ruhainies Akui Rasai Perubahan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments