Baru-baru ini, tular di platform Instagram satu video memaparkan temubual bersama pelajar-pelajar Universiti Teknologi MARA yang sedang mengambil jubah untuk konvokesyen.
Netizen terkejut dengar jumlah perbelanjaan pelajar UiTM untuk konvo
Dalam video itu, pelajar-pelajar itu disoal tentang belanja mereka untuk persiapan konvo dan ramai antara mereka sanggup berbelanja besar hingga mencecah RM1500, malah ada juga yang ‘dibelanja’ oleh teman lelaki.
Baju, RM200. Lepastu makeup dalam RM200. Jurugambar dalam RM250. Rumah sewa dalam RM170, jadi jumlahnya dalam RM1,000 lebih.
View this post on Instagram
Pelajar yang mengatakan dirinya berhabis hingga RM1500 itu kerana membeli baju dan kasut baru, termasuk solekannya pada hari konvokesyen.
‘Boyfriend’ taja perbelanjaan untuk konvo
Hal yang menarik perhatian ramai apabila salah seorang pelajar yang ditemubual berkata dia ditaja sepenuhnya oleh teman lelaki dan hanya perlu mendapatkan wang ringgit itu daripada pasangannya.
Saya kena sponsor, semua teman lelaki saya yang sediakan. Saya tinggal ambik duit je.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat perbelanjaan pelajar-pelajar tersebut demi menyambut hari konvokesyen mereka.
Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang mengatakan tiada masalah untuk pelajar tersebut berhabis duit demi meraihkan hari konvokesyen mereka kerana ia merupakan peluang sekali seumur hidup.
The post Pelajar UiTM Dedah Belanja Sampai RM1500 Untuk Konvo, Ada Yang Boyfriend ‘Sponsor’ – “Self-Reward Untuk Effort Belajar” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments