Baru-baru ini usahawan sensasi, Sajat yang sedang tinggal berjauhan itu terlihat tidak dapat menahan sebak apabila menerima panggilan daripada ibu dan bapanya yang berada di Malaysia.
Kata-kata Ayah
Berdasarkan sebuah video yang dimuat naik di TikTok, bapa kepada Sajat atau nama penuhnya, Muhammmad Sajad Kamaruz Zaman ini mendoakan dan berkata bahawa dirinya akan sentiasa berada dengan anaknya itu.
Ayah doakan Sajat gembira dekat sana, sihat tubuh badan. Kerja dekat sana elok-elok, kerja dengan amanah.
Jangan sedih-sedih, happy happy je. Sajat kan anak ayah, susah senang kita sama-sama. Dekat mana pun, walaupun jauh sentiasa dekat di hati dan terbayang di mata. Jaga kesihatan.
@nursajatlegacymy #nursajatlegacymy #fyp #sajatvideo #sajatlive #sajat ♬ original sound – NURSAJAT LEGACY COSMETIC MY
Pesanan Ibu untuk Sajat
Menurut usahawan ini, hari jadinya akan tiba tidak lama lagi dan dirinya teringat hari di mana dia telah merantau ke Australia dari Malaysia sehari selepas hari jadinya. Mendengar itu, ibunya pun memberi nasihat kepada Sajat untuk menerima takdir dan redha.
Jangan la sedih-sedih, sambutlah dengan kawan-kawan. Reda sahaja, sudah tertulis Allah nak bagi macam tu, nak buat macam mana.
View this post on Instagram
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Sajat Kan Anak Ayah..” – Hanya Dapat Telefon Dari Jauh, Gugur Air Mata Sajat Rindukan Ibu Bapa Di Malaysia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments